Maka berpencaklah kami menggayakan apa jua aksi bagi menzahirkan kehebatan dan ketangkasan beliau dengan bersungguh-sungguh. Para-para guru pun begitu bangga dan bersemangat menceritakan kisahnya tanpa jemu dan kami akan mendengarnya tak jemu-jemu juga. Begitulah rasanya semasa kecil, berasa Melayu ini bangsa yang berdaulat yang kehebatannya mengharum ke seantero dunia. Adakah generasi sekarang bercitarasa sama?
Yang saya baca itu seperti yang di sebelah kiri |
Buku yang membawa saya ke alam pembacaan, tapi rasanya naskhah yang saya baca lebih klasik ruupanya |
Apabila sekolah dibuka selepas itu saya telah menjadi seorang murid yang sudah pandai membaca. Lantas saya jadi kemaruk dan membaca apa jua yang tercapai seperti majalah Mastika, buku-buku politik dan sebagainya. Ayah saya memang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair, suatu semangat yang sentiasa ada pada generasinya yang sempat melalui fasa-fasa yang membawa kepada kemerdekaan negara. Majalah Mastika pada waktu itu merupakan satu bahan bacaan yang padat dengan pelbagai disiplin ilmu, tentang falsafah, politik, ekonomi, sosial, kesusasteraan, dan sebagainya. Cukup ilmiah sifatnya, sesuai untuk membentuk pemikiran.
Beginilah rupanya, tapi yang saya baca tidaklah secomot ini |
Tunggu punya tunggu, buku itu dipinjam pula oleh dua pupu saya yang mungkin mahu menggunakannya bila mula berada di Tingkatan Enam. Selang mungkin dua tiga tahun setelah itu saya dapati buku itu yang berwarna hijau gelap tersimpan rapi dalam rak buku di rumahnya tanpa dipulangkan. Saya hanya mampu memerhatikan dan segan hendak memintanya kembali.
Gambaran Kota Melaka di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka - Ihsan akudesign3d.blogspot.com |
Sejak mula boleh berfikir dan menilai baik buruk sesuatu perkara sehingga kini telah timbul beberapa tanda tanya di pemikiran saya. Kemanakah perginya waris-waris Kesultanan Melayu Melaka? Tiada siapa yang pernah memberikan jawapan yang memuaskan ketika itu hingga kini.
Benarkah Hang Jebat derhaka dan Laksamana Hang Tuah membunuhnya atas sifat setianya kepada raja? Bersalahkan Hang Jebat menuntut bela atas 'kezaliman' Sultan Mahmud terhadap sahabat setianya ketika itu? Benarkah Sultan Melaka zalim? Bagaimanakah Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang begitu hebat dan luas jajahan takluknya boleh diruntuhkan dalam masa yang singkat oleh Portugis? Banyak yang tidak masuk akal bagi saya, seolah-olah sengaja diada-adakan untuk sesuatu maksud dan tujuan.
Saya mula mempersoalkan sumber pengkisahan yang diterima umum, benarkah apa yang ditulis dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu apa yang sebenarnya berlaku atau silap mata golongan tertentu? Persoalan ini akan cuba saya singkap semampu ada.
Di bahagian selanjutnya saya akan cuba search sekiranya ada sebarang petunjuk atau kaitan Laksamana Hang Tuah dengan negeri Perak. Setakat yang saya tahu, tiada sebarang catatan dalam kitab Sejarah Melayu menyatakan beliau ke Perak, hanya 'menghilangkan diri' setelah mencampak Tamingsari ke dalam sungai tetapi dalam Hikayat Hang Tuah ada dikisahkan beliau dikatakan 'membawa diri' ke Hulu Perak dan menjadi penghulu orang-orang asal Perak.
Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan