Jumaat, 31 Mac 2017
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian VI
Di bahagian terdahulu kita telah soroti peribadi yang bernama Raja Mahmud, yaitu ayahanda kepada Datok Baginda Demu. Kemudian kita juga mencalonkan beberapa nama yang padan dengan watak bendahara yang baik itu. Disamping itu kita tersentuh juga kisah Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.
Di bahagian ini, kita cuba cari di mana menghilang Laksamana Hang Tuah. Kita juga hendak tahu apa kesudahan Hang Jebat? Umum berpendapat Laksamana Hang Tuah dimakamkan di Tanjung Keling, Melaka. Ada pihak lain mendakwa ianya di Palembang. Ada juga menunjuki makamnya di Bentan, dan berbagai-bagai tempat lagi.
Begitu sukar sekali menjejaki jejak pendekar Melayu ini, adakah ini disengajakan agar tidak mudah dikesani pihak musuh yang mungkin turut mencari keturunannya? Buat masa ini kita cuba melihat sekiranya ada kemungkinan beliau menghilang diri ke Perak.
Sejarah Melayu tidak menyebutnya tetapi Hikayat Hang Tuah ada menyebutnya menjadi penghulu orang-orang asal di Hulu Perak. Mungkin ini menjadi petunjuk bagi Dr Leonard Y. Andaya untuk berkata Laksamana Hang Tuah pindah ke Perak dalam bukunya, Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka, terbitan NUS Press.
Menurut beliau,"Hang Tuah berpindah menuju ke utara bersama-sama keluarga isterinya dan keluarga Hang Jebat. Orang-orang Asli dari Gunung Ledang turut sama dan tinggal di situ, dengan sebahagian daripada mereka menetap di kawasan tengah Perak. Hang Tuah bagaimanapun, meneruskan perjalanannya dan menjadi pemimpin Orang Asli di kawasan utara Perak. Kumpulan terakhir rombongan itu akhirnya menetap di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Lambor." kata Dr Andaya yang merupakan professor dalam bidang Sejarah Asia Tenggara, di University of Hawaii, Manoa, Hawaii, USA.
Dalam bukunya itu, Dr Andaya mendedahkan bahawa Orang Asli menganggap Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sebagai pemimpin-pemimpin awal dan penting kepada masyarakat mereka.
Kita rehat dulu ya...
Kita kembali kepada kisah pertikaman di antara Laksamana Hang Tuah dengan Hang Jebat. Saya lebih mempercayai satu versi yang dikatakan disimpan waris keturunan Sultan Mahmud. Mereka mengatakan apa yang berlaku merupakan lakonan di antara dua sahabat bagi memperdaya para pengkhianat yang membuat fitnah di istana. Pertikaman ini berlaku di dalam istana disaksikan ramai penduduk Melaka dan dikatakan berlangsung tiga hari dua malam.
Lakonan atau muslihat ini juga melibatkan Sultan Mahmud sendiri dan sahabat-sahabat Laksamana yang lain. Ia juga sebagai helah bagi menarik kehadiran para pengkhianat ke situ untuk dihabisi oleh Hang Kasturi. Tidak hairanlah jika ada versi yang menyebut Hang Kasturi sebagai yang mengamuk, bukan Hang Jebat.
Hang Jebat dengan sedih terpaksa berpisah dengan sahabatnya dalam kegelapan malam. Beliau dianggap telah mati oleh para pembesar istana dan rakyat jelata. Tiada siapa sebenarnya yang menyaksikan 'pengkebumian' Hang Jebat, samaada ditanam, digantung atau dibuang ke laut. Segala-galanya diuruskan sendiri oleh Hang Tuah.
Kaum keluarga Hang Jebat tidak diapa-apakan seperti sepatutnya bagi keturunan penderhaka. Hang Nadim anak Hang Jebat yang dipelihara oleh Hang Tuah sejak kecil tidak diapa-apakan malah menjadi Laksamana yang berjasa di kemudian hari. Sejarah yang disogokkan kepada kita selama ini kelihatan seperti telah dimanipulasi pihak tertentu.
Walau para pengkhianat telah tewas ketika itu, namun ia menimbulkan fitnah dan dendam yang berpanjangan. Mungkin kejatuhan Kota Melaka juga akibat pengkhianatan tangan-tangan hitam ini. Beberapa siri pembunuhan yang berlaku dalam pemerintahan Kerajaan Johor Lama hingga terhapusnya waris keturunan Sultan Mahmud Shah dapat dikaitkan juga dengan fitnah-fitnah yang dimainkan tangan-tangan hitam ini.
Berbalik kepada kisah pertikaman tadi, apakah kesudahan nasib Hang Jebat? Beliau dikatakan telah membawa diri ke utara, tidak dipastikan samaada ke Hulu Melaka, Hulu Pahang atau Perak. Laksamana Hang Tuah kemudian menyusul bersama-sama kaum kerabatnya dan pengikut-pengikut setianya, termasuk keluarga Hang Jebat sendiri. Namun mereka berdua pulang semula ke Melaka dan meninggal dunia di bumi Melaka juga.
Banyak pendapat dan tanda tanya tentang di mana sebenarnya Laksamana Hang Tuah dimakamkan. Saya percaya hanya orang tertentu yang diberi pengetahuan dan rahsia ini mungkin tidak diketahui oleh keturunannya sendiri. Apa yang dapat dikongsi oleh seorang waris keturunan Sultan Mahmud Shah adalah, makam Laksamana Hang Tuah tetap berada di bumi Melaka. Makam Hang Jebat pula sebenar berada di tengah-tengah Kota Melaka, sebagai menghargai jasa beliau melindungi Sultan dan kedaulatan Melaka. Beliau tidak pernah dianggap derhaka, hanya 'sejarah' yang mengajar kita itu.
Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemahaman saya setelah menganalisa beberapa perkara. Ia boleh dipertikaikan atau diterima. Ia mungkin berubah seiring dengan maklumat-maklumat baru yang bakal menjelma, insyaAllah.
Di bahagian ini, kita cuba cari di mana menghilang Laksamana Hang Tuah. Kita juga hendak tahu apa kesudahan Hang Jebat? Umum berpendapat Laksamana Hang Tuah dimakamkan di Tanjung Keling, Melaka. Ada pihak lain mendakwa ianya di Palembang. Ada juga menunjuki makamnya di Bentan, dan berbagai-bagai tempat lagi.
Begitu sukar sekali menjejaki jejak pendekar Melayu ini, adakah ini disengajakan agar tidak mudah dikesani pihak musuh yang mungkin turut mencari keturunannya? Buat masa ini kita cuba melihat sekiranya ada kemungkinan beliau menghilang diri ke Perak.
Menurut beliau,"Hang Tuah berpindah menuju ke utara bersama-sama keluarga isterinya dan keluarga Hang Jebat. Orang-orang Asli dari Gunung Ledang turut sama dan tinggal di situ, dengan sebahagian daripada mereka menetap di kawasan tengah Perak. Hang Tuah bagaimanapun, meneruskan perjalanannya dan menjadi pemimpin Orang Asli di kawasan utara Perak. Kumpulan terakhir rombongan itu akhirnya menetap di sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Lambor." kata Dr Andaya yang merupakan professor dalam bidang Sejarah Asia Tenggara, di University of Hawaii, Manoa, Hawaii, USA.
Dalam bukunya itu, Dr Andaya mendedahkan bahawa Orang Asli menganggap Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sebagai pemimpin-pemimpin awal dan penting kepada masyarakat mereka.
Kita rehat dulu ya...
Masjid Laksamana Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka |
Kita kembali kepada kisah pertikaman di antara Laksamana Hang Tuah dengan Hang Jebat. Saya lebih mempercayai satu versi yang dikatakan disimpan waris keturunan Sultan Mahmud. Mereka mengatakan apa yang berlaku merupakan lakonan di antara dua sahabat bagi memperdaya para pengkhianat yang membuat fitnah di istana. Pertikaman ini berlaku di dalam istana disaksikan ramai penduduk Melaka dan dikatakan berlangsung tiga hari dua malam.
Lakonan atau muslihat ini juga melibatkan Sultan Mahmud sendiri dan sahabat-sahabat Laksamana yang lain. Ia juga sebagai helah bagi menarik kehadiran para pengkhianat ke situ untuk dihabisi oleh Hang Kasturi. Tidak hairanlah jika ada versi yang menyebut Hang Kasturi sebagai yang mengamuk, bukan Hang Jebat.
Hang Jebat dengan sedih terpaksa berpisah dengan sahabatnya dalam kegelapan malam. Beliau dianggap telah mati oleh para pembesar istana dan rakyat jelata. Tiada siapa sebenarnya yang menyaksikan 'pengkebumian' Hang Jebat, samaada ditanam, digantung atau dibuang ke laut. Segala-galanya diuruskan sendiri oleh Hang Tuah.
Kaum keluarga Hang Jebat tidak diapa-apakan seperti sepatutnya bagi keturunan penderhaka. Hang Nadim anak Hang Jebat yang dipelihara oleh Hang Tuah sejak kecil tidak diapa-apakan malah menjadi Laksamana yang berjasa di kemudian hari. Sejarah yang disogokkan kepada kita selama ini kelihatan seperti telah dimanipulasi pihak tertentu.
Makam Hang Nadim Kampung Duyong, Melaka |
Berbalik kepada kisah pertikaman tadi, apakah kesudahan nasib Hang Jebat? Beliau dikatakan telah membawa diri ke utara, tidak dipastikan samaada ke Hulu Melaka, Hulu Pahang atau Perak. Laksamana Hang Tuah kemudian menyusul bersama-sama kaum kerabatnya dan pengikut-pengikut setianya, termasuk keluarga Hang Jebat sendiri. Namun mereka berdua pulang semula ke Melaka dan meninggal dunia di bumi Melaka juga.
Banyak pendapat dan tanda tanya tentang di mana sebenarnya Laksamana Hang Tuah dimakamkan. Saya percaya hanya orang tertentu yang diberi pengetahuan dan rahsia ini mungkin tidak diketahui oleh keturunannya sendiri. Apa yang dapat dikongsi oleh seorang waris keturunan Sultan Mahmud Shah adalah, makam Laksamana Hang Tuah tetap berada di bumi Melaka. Makam Hang Jebat pula sebenar berada di tengah-tengah Kota Melaka, sebagai menghargai jasa beliau melindungi Sultan dan kedaulatan Melaka. Beliau tidak pernah dianggap derhaka, hanya 'sejarah' yang mengajar kita itu.
Makam Hang Jebat |
Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemahaman saya setelah menganalisa beberapa perkara. Ia boleh dipertikaikan atau diterima. Ia mungkin berubah seiring dengan maklumat-maklumat baru yang bakal menjelma, insyaAllah.
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian V
Puncak Banjaran Titiwangsa - Ihsan Khairul Amri Marhalim |
Menurut satu riwayat yang dikutip dari Saudara Hasanuddin Md Isa (HMI), anak kecil yang bernama Raja Muhammad tidak dibunuh seperti yang dititahkan, tetapi dibawa ke Hulu Pahang merentasi Banjaran Titiwangsa. Baginda diletakkan dibawah penjagaan keluarga Maharaja Perba Jelai yang mendiami Hulu Pahang.
Apabila telah besar, baginda telah dibawa balik ke Perak tetapi kehadiran baginda akhirnya telah diketahui ayahanda beliau. Maka terpaksalah Bendahara sekali lagi mengatur penghantaran semula ke Pahang dan kali ini melalui jalan laut mengelilingi semenanjung hingga ke Kuala Pahang.
Siapakah Bendahara yang baik hati itu? Menurut catatan dalam satu teromba di Hulu Pahang yang saya kutip dari HMI, beliau adalah suami kepada Masada (Mas Da) yaitu kakak sulung kepada Seri Dewi, ibunda Raja Muhammad atau Baginda Demu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dikenali sebagai Tok Temu dan dikahwinkan dengan Baginda Demu.
Ada berpendapat beliau adalah Tun Saban, seorang pembesar Perak yang telah menabalkan Sultan Muzaffar Shah I sebagai Sultan Perak yang pertama pada 1528. Tun Saban memerintah di Janin di Hulu Perak. Beliau dikatakan berasal dari Melaka dan ada perkaitan dengan Tun Perak, ada yang mengatakan beliau anak Tun Perak, anak saudara Tun Perak dan berbagai lagi.
Janin pula bukan di bawah takluk Kesultanan Melayu Melaka, seperti mana Manjung/Dinding dan Beruas. Penguasa dari ketiga-tiga wilayah inilah yang bersepakat untuk membawa seorang putera Sultan Mahmud Shah yang sedang berada di Kampar ketika itu untuk menjadi raja bagi negeri Perak.
Menurut sejarah, setelah Sultan Muzaffar Shah naik tahkta, beliau tidak melantik Tun Saban, yang telah berusaha membawa baginda dari Kampar ke Perak bersama pembesar-pembesar Perak yang lain untuk dirajakan. Sebaliknya beliau telah melantik Tun Mahmud, yang beliau temui apabila singgah di Kelang dalam perjalanan ke Perak. Kelang, seperti Manjung dan Beruas masih di bawah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Apabila Tun Mahmud dipanggil balik oleh Sultan Alauddin Ri'ayat Shah II, adinda Sultan Muzaffar Shah I di Perak, yang memerintah Kerajaan Johor Lama, Megat Terawis pula dilantik sebagai Bendahara Perak setelah berjaya membunuh Tun Saban yang berselisih dengan Sultan Muzaffar Shah I. Keluarga Megat Terawis bersilih ganti menjadi Bendahara Perak selama beberapa generasi. Oleh yang demikian Tun Saban tidak pernah menjadi Bendahara Perak.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi HMI, tarikh perjalanan Baginda Demu sewaktu dengan pemerintahan Raja Abdul Ghaffur yang sedang memerintah Johor dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah II dari tahun 1564 hingga 1579, oleh itu besar kemungkinan Bendahara Perak masih lagi Megat Terawis ketika itu. Mungkinkah Megat Terawis bendahara yang baik hati itu?
Kisah mengenai bendahara tersebut turut ditemui oleh HMI dalam dokumen lama di Jelai seperti berikut," MAKA BENDAHARA GARANG PUN HENDAK BERBALIK KE NEGERI PERAK. MAKA DITINGGALKAN BAGINDA DAMUN..?... ITU KEPADA MAHARAJA PERBA ORANGNYA DIITINGGALKAN...? OLEH.. BENDAHARA GARANG DUA BELAS KELAMIN AKAN MEMBELAKAN BAGINDA DAMUN ITU."
Amat menarik sekali petikan di atas sebab ia menyebut satu lagi nama yang amat dikenali dalam sejarah Perak, yaitu Bendahara Garang. Bendahara Garang tercatat dalam sejarah Perak sebagai bendahara yang berjaya menyelamatkan Puteri Limau Purut di zaman Sultan Mukaddam Shah, Sultan Perak Ke-6 (1603 - 1619).
Makam Puteri Limau Purut - Ihsan aisbatu.blogspot.com |
Ia terkait kemurkaan Sultan Acheh yang gagal mengahwini Puteri Limau Purut, puteri kepada Sultan Mukaddam Shah kerana telah dijodohkan dengan Sultan Mansur Shah II (1619 - 1627). Oleh itu Acheh telah menakluki Perak dan menawan Puteri Limau Purut, termasuk ayahanda serta tunangan baginda.
Versi lain yang saya kutip dari aisbatu.blogspot.com mengatakan Puteri Limau Purut telah mangkat sebab terluka di jari di suatu perkelahan dan ini dianggap satu helah oleh Acheh lalu telah menyerang Perak. Berikutan itu Sultan Mansur Shah II diturunkan takhta, Allahu a'lam.
Menurut sumber dari Megat Iskandar At-Terawis melalui orangduabelas.wordpress.com, nama sebenar beliau adalah Megat Abdullah, cucu kepada Megat Terawis, anak kepada Megat Biajid Mustafa yang dikenali sebagai Bendahara Muda Megat Sulung. Beliau menjawat jawatan bendahara di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah II dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Walau bagaimanapun beliau dikenali ramai sebagai Bendahara Garang.
Benarkah beliau pernah sampai ke Pahang seperti yang dipetik di atas? Jawapannya, benar, malah turut dicatatkan oleh Keturunan Megat Terawis sendiri. Di penghujung perkhidmatannya, beliau dikenang sebagai orang yang mengetuai rombongan perkahwinan di antara seorang puteri diraja Perak untuk mengahwini Raja Muda Pahang, yaitu Raja Abdullah, putera kepada Sultan Abdul Ghafur Muhaiyudin.
Menurut Maxwell yang beliau petik, semasa lawatan ke Pahang, beliau dikatakan turut mengahwini seorang gadis Pahang dan dari perkahwinan ini lahirlah seorang yang bernama Baginda Danum. Nama ini mengingatkan saya pada seseorang. Mungkinkah...?
Sumber tersebut juga turut mengatakan, berdasarkan salasilah Keturunan Maharaja Perba Jelai, salah seorang leluhur mereka yang bernama 'Bendahara Garang' bersusur galur dari kerabat Pagar Ruyung. Menurut sumber tersebut besar kemungkinan Bendahara Garang di Pahang juga adalah Bendahara Garang di Perak kerana datuk beliau, yaitu Megat Terawis sememangnya seorang putera dari Kerajaan Pagar Ruyung.
Sebenarnya leluhur keturunan Maharaja Perba Jelai sendiri juga berasal dari Pagar Ruyung yang datang berhijrah ke Hulu Pahang ketika Pahang masih di bawah kekuasaan Empayar Johor Riau lagi.
Mungkin juga bendahara yang dimaksudkan itu dari kerajaan Perak Tua yang saya masih samar-samar. Banyak yang belum kita ketahui dan perlukan kajian selanjutnya. Di bahagian seterusnya kita cuba meneroka ke mana agaknya Laksamana Hang Tuah 'menghilang'. Apakah kesudahan Hang Jebat?
Ahad, 26 Mac 2017
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian IV
Mengikut cerita yang saya kutip dari HMI lagi, maka lahirlah dari perkahwinan Raja Mahmud dengan Seri Dewi itu Raja Muhammad yang kita kenali sebagai Baginda Demu di Hulu Pahang. Kononnya setelah ditilik oleh Nujum Diraja, didapati putera yang baru lahir ini amat sesuai dirajakan di luar Perak, tapi di negeri Perak adalah sebaliknya. Dikisahkan juga Nujum Diraja mempersembah khabar kepada Raja Mahmud bahawa Seri Dewi itu anaknya Halimah dan Halimah itu waris terdekat Laksamana Hang Jebat yang menderhaka. Maka tidak molek titisan zuriat Sang Durhaka menduduki takhta Perak.
Setelah mendengar ramalan dari Nujum Diraja tadi amat bencilah Raja Mahmud kepada anak yang baru dilahirkan tadi. Anak itu disuruh bunuh dan diserahkan urusannya kepada Bendahara. Akan tetapi Bendahara tidak berbuat begitu tetapi menghantarnya jauh dari istana.
Apa yang dikisahkan di atas mungkin hanya dituturkan di Hulu Pahang sahaja, tidak di seberang sana Banjaran Titiwangsa? Ia merupakan salah satu dari cebisan-cebisan cerita yang diselubungi kesamaran. Setakat penerokaan saya di alam siber kini, belum terjumpa kisah persis seperti yang dikisahkan di atas ditulis oleh sebarang pihak di seberang sana. Saya akan cuba mencari di mana ia dapat dilihat dengan pandangan yang lebih jelas, mungkin dalam konteks sejarah yang melingkunginya. Bagi saya kita harus bersifat terbuka kepada sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran kita.
Ia turut memberi satu lagi petunjuk yang menarik, nama Hang Jebat turut dikaitkan dengan peristiwa di atas dan dijadikan penyebab pula. Manakah yang benar, Halimah itu anak Laksamana Hang Tuah atau waris terdekat Laksamana Hang Jebat yang menderhaka?
Atas urusan apakah beliau berada Perak? Adakah sumber yang menyebut fasal beliau turut sama menyebut nama Laksamana Hang Tuah atau setiap satu dari sumber yang berlainan? Ada sebabnya saya bertanya begitu. Bukankah beliau juga dikatakan sudah mati dibunuh Laksamana Hang Tuah? Apakah hubungan negeri Perak dengan Melaka ketika itu?
Namun apabila meneliti kisah ini, terbayang peristiwa yang hampir sama berlaku di Istana Melaka dimana Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukum bunuh diselamatkan Bendahara dengan menyembunyikannya jauh dari istana.
Timbul lagi persoalan di sini, sanggupkah seorang bapa melihat anaknya yang tidak berdosa dibunuh? Bukankah dia tahu anaknya ini bakal mewarisi takhta setelah kemangkatan beliau? Sayugia diingatkan bahawa ketika itu sistem penggiliran pelantikan sultan berdasarkan hirarki belum diamalkan seperti sekarang ini. Oleh yang demikian, putera beliau yang baru lahir ini sebenarnya suatu 'aset' yang amat bernilai tinggi dan perlu dipertahankan at all cost, dengan izin. Bukan dilupuskan atau dilenyapkan dari sejarah. Baginda bakal raja.
Ketika itu belum wujud jawatan Raja Muda, Raja Dihilir dan sebagainya. Ia dikatakan timbul hanya lebih kurang 300 tahun yang lampau, kira-kira di pertengahan abad ke-18 atas cadangan seorang pembesar dan bangsawan berketurunan Bugis yang berjasa di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III (1728 - 1752) dikenali sebagai Daeng Senili. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Perak yang pertama. Dari zuriat beliau jugalah datangnya keturunan bergelar Datuk Maharaja Lela.
Saya merasa seperti ada satu muslihat atau permainan silap mata di antara Raja Mahmud dengan hanya beberapa orang pembesar istana yang boleh dipercayai bagi mengabui mata pihak-pihak tertentu. Ia mungkin terpaksa dilakukan bagi menghindar Sang Putera dari malapetaka yang dijangka menimpa. Dari manakah agaknya ancaman itu, adakah dari Acheh yang jadi penguasa, atau dari pihak yang masih belum diketahui?
Sejarah pernah mencatatkan di zaman Sultan Mukaddam Shah, yaitu kekanda kandung Raja Mahmud, berlaku lagi siri penawanan keluarga diraja oleh Kerajaan Acheh dimana Raja Mahmud turut dibawa bersama. Mungkin ini menjadi punca anak itu telah diseludupkan ke suatu tempat yang sukar dikesani, Allahu a'lam.
Saya juga berasa hal yang serupa berlaku terhadap Sultan Mahmud Shah dari Melaka ketika menerima sembah fitnah dari pembesar-pembesar yang khianat, yang sedang menanti masa untuk menghapuskan kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. Muslihat itu pasti dapat dihidu kerna setiap mangsa yang terlibat sebenar-benar saling mengenali antara sama lain sedari kecil dan mempunyai ikatan hati dan tali kekeluargaan yang tidak pernah terduga oleh perancang konspirasi. Sebenarnya mereka berada di luar lingkungan budaya untuk memahami dan mengenali hati budi Melayu yang mulia.
Telahan saya, Sultan Melaka, Sang Bendahara dan Sang Laksamana telah bermain sandiwara di hadapan rakyat jelata untuk mengabui mata pembesar-pembesar durjana. Cara mereka 'menghidupkan' semula Laksamana Hang Tuah dari 'kematian' amat menarik sekali, sehinggakan pihak-pihak pengkhianat berasa lega sementara kerna Laksamana Hang Tuah satu-satunya hulubalang yang dirasakan mampu menewaskan Hang Jebat yang ketika itu memiliki Tamingsari serta sedang menguasai istana raja. Benarkah Jebat derhaka atau sedang melaksanakan amanah melindungi raja dari komplot pembesar istana ketika Abang Tuah tiada di mata?
Diriwayatkan dalam kitab Sejarah Melayu atau dikenali juga sebagai Sulalatus Salatin, susunan Tun Seri Lanang, Bendahara Kerajaan Johor Lama kira-kira satu abad setelah kejatuhan Kota Melaka, bahawa bukan Hang Jebat yang membuat angkara di istana tetapi Hang Kasturi. Apakah ini sebenarnya yang disaksikan beliau atau sekadar apa yang dilisankan kepada beliau, atau pun apa yang beliau fikirkan sepatutnya berlaku, atau...lebih dari itu? Ia saling bercanggah dan percanggahan ini melibatkan watak atau pelaku utama dalam peristiwa yang paling utama juga.
Menurut Hikayat Hang Tuah pula yang dipercayai mula ditulis kira-kira se abad selepas kitab Sejarah Melayu, oleh penulis yang tidak dikenali hingga kini, bukan Hang Kasturi yang bertikam dengan Abang Tuah tetapi Hang Jebat. Ini bermakna kisah ini mempunyai pelbagai versi, termasuk versi-versi lain yang tidak terkira banyaknya, khabarnya ada 29 versi semuanya atau 32. Saya sedang menduga-duga, versi yang manakah yang diambil Sang Nujum Diraja. Yang disepakati semua adalah, memang benar peristiwa pertikaman itu benar-benar berlaku, Allahu a'lam.
Bagaimana pula dengan versi dari waris keturunan Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, atau Sultan Mahmud sendiri, sekiranya ada? Adakah sama jalan ceritanya? Saya turut percaya terdapat lagi cebisan-cebisan kisah tentang mereka yang diperturunkan oleh saksi-saksi kejadian yang benar-benar berada di waktu kejadian kepada anak cucu mereka.
Tidak terkecuali juga pihak-pihak yang ingin menumpang kemasyhuran Laksamana Hang Tuah dan turut memadankan dan menampal kisahnya ke dalam sejarah keturunan mereka. Yang pasti, ia akan mudah dikesani di mana sumbangnya, tidak seperti kisah yang autentik dari waris keluarga sebenar, yang kelihatan masih tetap membisu, menanggung keperitan fitnah terhadap leluhur mereka berabad lama.
Apa jua peristiwa yang berlaku dalam sejarah tidak boleh diterima bulat-bulat. Orang selalu berkata "Sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Setiap peristiwa yang dirakam perlu juga dianalisa, samaada kena tak kenanya dengan akal yang rasional. Secara peribadi saya tidak percaya yang Hang Jebat mati dibunuh oleh Laksamana Hang Tuah, juga tentang 'kezaliman' Sultan Mahmud yang dengan mudah dipengaruhi pembesar-pembesar istana, seperti mana yang dihidangkan oleh Tun Seri Lanang, secara sedar atau tidak sedar dalam kitab Sejarah Melayu kepada kita. Perkara sebegitu tidak mungkin berlaku pada orang yang berakal.
Amat sukar saya menerima akan kemungkinan persahabatan yang begitu lama terjalin serta mendalam boleh dilupakan begitu sahaja hingga sanggup membunuh seorang sahabat setia sehidup semati demi sebuah kesetiaan terhadap seseorang yang sebelum itu telah menjatuhi hukuman bunuh terhadapnya, kecuali seseorang itu sememangnya buta hati, tidak mengenal erti persahabatan dan mengejar sesuatu maksud atau dendam berabad lama. Atau ia sebenarnya cerminan watak pihak yang menuturkannya.
Atau bagaimana mungkin seorang raja yang memerintah sebuah empayar besar, berserta hikmah dan kebijaksanaan yang diwarisi dari para leluhurnya sejak purba kala, sehingga dapat ditakluki segenap ceruk nusa dan antara, dengan mudah terpedaya atau terpancing dengan muslihat musuh terhadap dua sahabat sepermainannya sedari kecil, malah mempunyai hubungan kekeluargaan, kecuali kebesaran dan kemuliaan baginda bukan sepertimana yang fahami dan diceriterakan oleh pengarangnya.
Hanya seorang panglima atau laksamana yang arif sahaja memiliki gerak rasa, samaada mahu menyerang atau berundur atau di antaranya. Hanya seorang raja yang adil lagi bijaksana dapat menilai setiap denyut nadi pemerintahannya. Namun diakui kemampuan manusia ada batasnya, sekira takdirNya telah menentukan begitu, maka begitulah. Apa yang dihadapi baginda sudah berpusat di istana sekian lama. Kisah itu serta peristiwa sekitar 'pertikaman' antara Sang Laksamana dengan sahabat setianya akan diperikan di lain ketika. Juga nasib mereka setelah itu menyusul juga.
Berbalik kepada peristiwa sedih di 'Istana Perak', atas premis di situ terjadinya, bagi saya dalam melihat akan hal yang sedemikian 'ganjilnya', beberapa perkiraan perlu diambil kira. Apakah peristiwa yang melatarinya, sebelum, semasa, dan selepasnya. Siapakah sebenarnya watak-watak yang sedia ada serta hubungkaitnya. Perlu dilihat motif serta kepentingan-kepentingan yang biasanya sering terselindung atau tidak nyata.
Apa yang tersurat tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Kata kunci atau terma forensik dari bahasa Latin, "cui bono" atau "siapa yang beroleh sesuatu" boleh digunakan dalam mencari petunjuk kepada sesuatu dengan melihat siapa atau pihak mana yang mempunyai motif terhadap sesuatu kejadian dan beroleh laba darinya.
Sebagaimana berbagai 'keganjilan' atau kekaburan yang terdapat dalam kitab Sejarah Melayu, begitu juga yang kita temui dalam sejarah yang melibatkan Kesultanan Perak suatu ketika dahulu. Memang sifatnya Melayu tidak gemar membuka teromba kisah-kisah lama yang menjelikkan atau menyayatkan. Kita akan cuba menyuluhi sedikit apa yang terselindung di sebalik peristiwa sedih di istana Perak.
Umum mengetahui bahawa Perak berada di bawah naungan Acheh sejak zaman pemerintahan Sultan Perak Ke-2, yaitu Sultan Mansur Shah I. Acheh pada waktu itu bangkit sebagai salah satu kuasa besar yang berpengaruh dan disegani semasa ketiadaan Melaka di pentas Nusantara. Ia memimpin serangan-serangan ke atas kedudukan Portugis bersama negeri-negeri Melayu lain.
Dari semasa ke semasa ia turut mempraktikkan kekuasaannya ke atas wilayah-wilayah yang ditaklukinya, termasuk Perak. Ia turut meletakkan wakilnya bagi mengawasi dan menasihati pentadbiran negeri-negeri di bawah takluknya. Ia juga berkuasa melantik, menurun takhta atau menghukum sebarang pelanggaran terhadap kepentingannya di negeri Perak.
Ini dapat dilihat melalui beberapa siri pencerobohan ke dalam negeri Perak serta peristiwa penawanan keluarga diraja Perak. Mungkinkah ini yang mendorong Raja Mahmud untuk 'melenyapkan' anaknya dari sejarah demi untuk menyelamatkan titisan zuriatnya dari sebarang angkara. Manakah tempat yang paling selamat selain di sebalik Banjaran Titiwangsa? Pastinya seorang Bendahara yang bijaksana tahu menguruskan masalah ini tanpa soal bicara.
Sekadar ini sahaja yang ingin saya kongsi di bahagian ini. Kita telah melihat betapa besarnya peranan seorang Bendahara yang setia lagi bijaksana dalam membuat pertimbangan. Beliaulah yang menjadi penasihat yang dipercayai oleh Sang Raja, mengimbas kembali persetiaan yang termeterai antara Demang Daun Lebar dengan Sang Sapurba. Dunia Melayu bertuah mempunyai seorang bendahara yang bijaksana lagi berjasa, seperti Bendahara Tun Perak. Kegemilangan Kesultanan Melaka sinonim dengan keberadaan Bendahara Tun Perak yang berjaya mengatasi pelbagai rintangan dalam melaksana apa yang diamanahkan kepadanya. Ironisnya halangan pertama beliau adalah dari Istana Melaka sendiri. Di situ bermulanya setiap angkara.
Jika Sang Bendahara berkhianat, termasuk pada dirinya, maka malapetaka akan menimpa.
Setelah mendengar ramalan dari Nujum Diraja tadi amat bencilah Raja Mahmud kepada anak yang baru dilahirkan tadi. Anak itu disuruh bunuh dan diserahkan urusannya kepada Bendahara. Akan tetapi Bendahara tidak berbuat begitu tetapi menghantarnya jauh dari istana.
Apa yang dikisahkan di atas mungkin hanya dituturkan di Hulu Pahang sahaja, tidak di seberang sana Banjaran Titiwangsa? Ia merupakan salah satu dari cebisan-cebisan cerita yang diselubungi kesamaran. Setakat penerokaan saya di alam siber kini, belum terjumpa kisah persis seperti yang dikisahkan di atas ditulis oleh sebarang pihak di seberang sana. Saya akan cuba mencari di mana ia dapat dilihat dengan pandangan yang lebih jelas, mungkin dalam konteks sejarah yang melingkunginya. Bagi saya kita harus bersifat terbuka kepada sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran kita.
Ia turut memberi satu lagi petunjuk yang menarik, nama Hang Jebat turut dikaitkan dengan peristiwa di atas dan dijadikan penyebab pula. Manakah yang benar, Halimah itu anak Laksamana Hang Tuah atau waris terdekat Laksamana Hang Jebat yang menderhaka?
Atas urusan apakah beliau berada Perak? Adakah sumber yang menyebut fasal beliau turut sama menyebut nama Laksamana Hang Tuah atau setiap satu dari sumber yang berlainan? Ada sebabnya saya bertanya begitu. Bukankah beliau juga dikatakan sudah mati dibunuh Laksamana Hang Tuah? Apakah hubungan negeri Perak dengan Melaka ketika itu?
Gambaran Istana Melaka |
Namun apabila meneliti kisah ini, terbayang peristiwa yang hampir sama berlaku di Istana Melaka dimana Laksamana Hang Tuah yang dijatuhi hukum bunuh diselamatkan Bendahara dengan menyembunyikannya jauh dari istana.
Timbul lagi persoalan di sini, sanggupkah seorang bapa melihat anaknya yang tidak berdosa dibunuh? Bukankah dia tahu anaknya ini bakal mewarisi takhta setelah kemangkatan beliau? Sayugia diingatkan bahawa ketika itu sistem penggiliran pelantikan sultan berdasarkan hirarki belum diamalkan seperti sekarang ini. Oleh yang demikian, putera beliau yang baru lahir ini sebenarnya suatu 'aset' yang amat bernilai tinggi dan perlu dipertahankan at all cost, dengan izin. Bukan dilupuskan atau dilenyapkan dari sejarah. Baginda bakal raja.
Ketika itu belum wujud jawatan Raja Muda, Raja Dihilir dan sebagainya. Ia dikatakan timbul hanya lebih kurang 300 tahun yang lampau, kira-kira di pertengahan abad ke-18 atas cadangan seorang pembesar dan bangsawan berketurunan Bugis yang berjasa di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III (1728 - 1752) dikenali sebagai Daeng Senili. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Perak yang pertama. Dari zuriat beliau jugalah datangnya keturunan bergelar Datuk Maharaja Lela.
Saya merasa seperti ada satu muslihat atau permainan silap mata di antara Raja Mahmud dengan hanya beberapa orang pembesar istana yang boleh dipercayai bagi mengabui mata pihak-pihak tertentu. Ia mungkin terpaksa dilakukan bagi menghindar Sang Putera dari malapetaka yang dijangka menimpa. Dari manakah agaknya ancaman itu, adakah dari Acheh yang jadi penguasa, atau dari pihak yang masih belum diketahui?
Sejarah pernah mencatatkan di zaman Sultan Mukaddam Shah, yaitu kekanda kandung Raja Mahmud, berlaku lagi siri penawanan keluarga diraja oleh Kerajaan Acheh dimana Raja Mahmud turut dibawa bersama. Mungkin ini menjadi punca anak itu telah diseludupkan ke suatu tempat yang sukar dikesani, Allahu a'lam.
Gambaran Singgahsana Sultan Melaka - Google Image |
Saya juga berasa hal yang serupa berlaku terhadap Sultan Mahmud Shah dari Melaka ketika menerima sembah fitnah dari pembesar-pembesar yang khianat, yang sedang menanti masa untuk menghapuskan kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka. Muslihat itu pasti dapat dihidu kerna setiap mangsa yang terlibat sebenar-benar saling mengenali antara sama lain sedari kecil dan mempunyai ikatan hati dan tali kekeluargaan yang tidak pernah terduga oleh perancang konspirasi. Sebenarnya mereka berada di luar lingkungan budaya untuk memahami dan mengenali hati budi Melayu yang mulia.
Telahan saya, Sultan Melaka, Sang Bendahara dan Sang Laksamana telah bermain sandiwara di hadapan rakyat jelata untuk mengabui mata pembesar-pembesar durjana. Cara mereka 'menghidupkan' semula Laksamana Hang Tuah dari 'kematian' amat menarik sekali, sehinggakan pihak-pihak pengkhianat berasa lega sementara kerna Laksamana Hang Tuah satu-satunya hulubalang yang dirasakan mampu menewaskan Hang Jebat yang ketika itu memiliki Tamingsari serta sedang menguasai istana raja. Benarkah Jebat derhaka atau sedang melaksanakan amanah melindungi raja dari komplot pembesar istana ketika Abang Tuah tiada di mata?
Diriwayatkan dalam kitab Sejarah Melayu atau dikenali juga sebagai Sulalatus Salatin, susunan Tun Seri Lanang, Bendahara Kerajaan Johor Lama kira-kira satu abad setelah kejatuhan Kota Melaka, bahawa bukan Hang Jebat yang membuat angkara di istana tetapi Hang Kasturi. Apakah ini sebenarnya yang disaksikan beliau atau sekadar apa yang dilisankan kepada beliau, atau pun apa yang beliau fikirkan sepatutnya berlaku, atau...lebih dari itu? Ia saling bercanggah dan percanggahan ini melibatkan watak atau pelaku utama dalam peristiwa yang paling utama juga.
Menurut Hikayat Hang Tuah pula yang dipercayai mula ditulis kira-kira se abad selepas kitab Sejarah Melayu, oleh penulis yang tidak dikenali hingga kini, bukan Hang Kasturi yang bertikam dengan Abang Tuah tetapi Hang Jebat. Ini bermakna kisah ini mempunyai pelbagai versi, termasuk versi-versi lain yang tidak terkira banyaknya, khabarnya ada 29 versi semuanya atau 32. Saya sedang menduga-duga, versi yang manakah yang diambil Sang Nujum Diraja. Yang disepakati semua adalah, memang benar peristiwa pertikaman itu benar-benar berlaku, Allahu a'lam.
Bagaimana pula dengan versi dari waris keturunan Laksamana Hang Tuah, Hang Jebat, atau Sultan Mahmud sendiri, sekiranya ada? Adakah sama jalan ceritanya? Saya turut percaya terdapat lagi cebisan-cebisan kisah tentang mereka yang diperturunkan oleh saksi-saksi kejadian yang benar-benar berada di waktu kejadian kepada anak cucu mereka.
Tidak terkecuali juga pihak-pihak yang ingin menumpang kemasyhuran Laksamana Hang Tuah dan turut memadankan dan menampal kisahnya ke dalam sejarah keturunan mereka. Yang pasti, ia akan mudah dikesani di mana sumbangnya, tidak seperti kisah yang autentik dari waris keluarga sebenar, yang kelihatan masih tetap membisu, menanggung keperitan fitnah terhadap leluhur mereka berabad lama.
Apa jua peristiwa yang berlaku dalam sejarah tidak boleh diterima bulat-bulat. Orang selalu berkata "Sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Setiap peristiwa yang dirakam perlu juga dianalisa, samaada kena tak kenanya dengan akal yang rasional. Secara peribadi saya tidak percaya yang Hang Jebat mati dibunuh oleh Laksamana Hang Tuah, juga tentang 'kezaliman' Sultan Mahmud yang dengan mudah dipengaruhi pembesar-pembesar istana, seperti mana yang dihidangkan oleh Tun Seri Lanang, secara sedar atau tidak sedar dalam kitab Sejarah Melayu kepada kita. Perkara sebegitu tidak mungkin berlaku pada orang yang berakal.
Gambaran pertikaman - Google Image |
Amat sukar saya menerima akan kemungkinan persahabatan yang begitu lama terjalin serta mendalam boleh dilupakan begitu sahaja hingga sanggup membunuh seorang sahabat setia sehidup semati demi sebuah kesetiaan terhadap seseorang yang sebelum itu telah menjatuhi hukuman bunuh terhadapnya, kecuali seseorang itu sememangnya buta hati, tidak mengenal erti persahabatan dan mengejar sesuatu maksud atau dendam berabad lama. Atau ia sebenarnya cerminan watak pihak yang menuturkannya.
Atau bagaimana mungkin seorang raja yang memerintah sebuah empayar besar, berserta hikmah dan kebijaksanaan yang diwarisi dari para leluhurnya sejak purba kala, sehingga dapat ditakluki segenap ceruk nusa dan antara, dengan mudah terpedaya atau terpancing dengan muslihat musuh terhadap dua sahabat sepermainannya sedari kecil, malah mempunyai hubungan kekeluargaan, kecuali kebesaran dan kemuliaan baginda bukan sepertimana yang fahami dan diceriterakan oleh pengarangnya.
Hanya seorang panglima atau laksamana yang arif sahaja memiliki gerak rasa, samaada mahu menyerang atau berundur atau di antaranya. Hanya seorang raja yang adil lagi bijaksana dapat menilai setiap denyut nadi pemerintahannya. Namun diakui kemampuan manusia ada batasnya, sekira takdirNya telah menentukan begitu, maka begitulah. Apa yang dihadapi baginda sudah berpusat di istana sekian lama. Kisah itu serta peristiwa sekitar 'pertikaman' antara Sang Laksamana dengan sahabat setianya akan diperikan di lain ketika. Juga nasib mereka setelah itu menyusul juga.
Gambar Hiasan - Istana Kenangan, Kuala Kangsar, telah diubahsuai menjadi Muzium Diraja Perak |
Berbalik kepada peristiwa sedih di 'Istana Perak', atas premis di situ terjadinya, bagi saya dalam melihat akan hal yang sedemikian 'ganjilnya', beberapa perkiraan perlu diambil kira. Apakah peristiwa yang melatarinya, sebelum, semasa, dan selepasnya. Siapakah sebenarnya watak-watak yang sedia ada serta hubungkaitnya. Perlu dilihat motif serta kepentingan-kepentingan yang biasanya sering terselindung atau tidak nyata.
Apa yang tersurat tidak semestinya apa yang sebenarnya berlaku. Kata kunci atau terma forensik dari bahasa Latin, "cui bono" atau "siapa yang beroleh sesuatu" boleh digunakan dalam mencari petunjuk kepada sesuatu dengan melihat siapa atau pihak mana yang mempunyai motif terhadap sesuatu kejadian dan beroleh laba darinya.
Sebagaimana berbagai 'keganjilan' atau kekaburan yang terdapat dalam kitab Sejarah Melayu, begitu juga yang kita temui dalam sejarah yang melibatkan Kesultanan Perak suatu ketika dahulu. Memang sifatnya Melayu tidak gemar membuka teromba kisah-kisah lama yang menjelikkan atau menyayatkan. Kita akan cuba menyuluhi sedikit apa yang terselindung di sebalik peristiwa sedih di istana Perak.
Umum mengetahui bahawa Perak berada di bawah naungan Acheh sejak zaman pemerintahan Sultan Perak Ke-2, yaitu Sultan Mansur Shah I. Acheh pada waktu itu bangkit sebagai salah satu kuasa besar yang berpengaruh dan disegani semasa ketiadaan Melaka di pentas Nusantara. Ia memimpin serangan-serangan ke atas kedudukan Portugis bersama negeri-negeri Melayu lain.
Dari semasa ke semasa ia turut mempraktikkan kekuasaannya ke atas wilayah-wilayah yang ditaklukinya, termasuk Perak. Ia turut meletakkan wakilnya bagi mengawasi dan menasihati pentadbiran negeri-negeri di bawah takluknya. Ia juga berkuasa melantik, menurun takhta atau menghukum sebarang pelanggaran terhadap kepentingannya di negeri Perak.
Mungkin beginilah raut wajah Yang Mulia Datok Bendahara Tun Perak |
Sekadar ini sahaja yang ingin saya kongsi di bahagian ini. Kita telah melihat betapa besarnya peranan seorang Bendahara yang setia lagi bijaksana dalam membuat pertimbangan. Beliaulah yang menjadi penasihat yang dipercayai oleh Sang Raja, mengimbas kembali persetiaan yang termeterai antara Demang Daun Lebar dengan Sang Sapurba. Dunia Melayu bertuah mempunyai seorang bendahara yang bijaksana lagi berjasa, seperti Bendahara Tun Perak. Kegemilangan Kesultanan Melaka sinonim dengan keberadaan Bendahara Tun Perak yang berjaya mengatasi pelbagai rintangan dalam melaksana apa yang diamanahkan kepadanya. Ironisnya halangan pertama beliau adalah dari Istana Melaka sendiri. Di situ bermulanya setiap angkara.
Jika Sang Bendahara berkhianat, termasuk pada dirinya, maka malapetaka akan menimpa.
Makam Bendahara Paduka Raja Tun Perak bin Bendahara Seriwa Raja Tun Perpatih Sedang Bendahara Ke-5 Kesultanan Melayu Melaka dari 1456 - 1498 |
Sabtu, 25 Mac 2017
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian III
Berat juga rasanya hendak memulakan Bahagian ke III ini. Terlalu banyak maklumat perlu ditapis, dimurnikan semampu yang boleh kemudian dihadamkan, itu pun entah betul entah tidak. Pertama-tama untuk pemahaman saya sendiri agar tidak bercelaru dan terkeliru. Kalau diri sendiri bercelaru, mentelah lagi pembacanya. Oleh yang demikian elok juga kita buka sedikit-sedikit dan hadamkan dulu satu persatu.
Saya sendiri bukan ahli dan terlatih dalam metodologi kajian, hanya berpandukan apa yang telah ditulis, terutama oleh Saudara Hasanuddin Md Isa (HMI), dalam blognya piathangtuah.blogspot.com, serta sumber-sumber rujukan silang yang terdapat di maya yang sempat saya kutip. Antaranya indahrasajmalim.blogspot.com yang padat dengan kisah ziarah makamnya serta beberapa yang lain yang sememangnya anak jati Perak. Apa yang ditemui dan difahami, itulah yang saya masukkan, berupa cebisan-cebisan cerita yang perlu disusun atur mengikut tertib oleh pengkaji-pengkaji yang teliti. Saya bukanlah orangnya.
Apakah hikmahnya nama Laksamana Hang Tuah disebut dalam sebahagian teromba seperti yang dikutip HMI. Saya ada satu telahan awal tapi belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain. Bagi saya lebih baik kita cuba mengenali watak-watak yang sedia tercatat dan cuba melihat perkaitan antara mereka serta peristiwa-peristiwa yang menandainya.
Baik, saya ingin memulakan dengan ayahanda kepada Baginda Demu, yang dicatat sebagai Raja Mahmud. Menurut catatan HMI, beliau juga dikenali sebagai Raja Yusuf dan Raja Bongsu. Menarik sekali maklumat ini kerana memang benar wujud nama ini dalam salasilah Kesultanan Perak. Jika maklumat ini benar dan merujuk pada batang tubuh yang sama, kita sekarang berbicara mengenai Raja Yusuf yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak ke-8 (1627 -1630). Beliau juga adik kepada Sultan Mukaddam Shah, Sultan Perak Ke-6 (1603 - 1619) yang bersemayam di Bota Kanan.
Namun begitu, menurut sumber yang saya kutip dari HMI, berdasarkan Teromba Salasilah keluarga Baginda Demu yang disimpan keturunan baginda di Penjom, Sega dan Budu menyepakati tarikh 1540M sebagai tarikh Muhammad Ali Jaafar bin Baginda Demu sudah berada di Lipis. Ini bermakna sudah ada petempatan dibuka di muara Sungai Lipis pada tarikh tersebut, di kala Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak Ke-I masih berada di takhta pemerintahan (1528 - 1549).
Terdapat perbezaan garis masa yang amat ketara di antara keberadaan Baginda Demu dengan keberadaan tokoh-tokoh yang disebutkan tadi. Mungkin beberapa fakta berikut boleh dijadikan asas pertimbangan.
Sultan Muzaffar Shah I dikatakan lahir pada 1505. Ini bermakna beliau berumur dalam lingkungan 23 tahun ketika ditabal menjadi Sultan di negeri Perak. Turut bersama dalam rombongan mengiringi beliau adalah anakanda sulung beliau sendiri, yaitu Sultan Mansur Shah I yang mungkin masih kanak-kanak.
Mengikut satu sumber, Sultan Mansur Shah I ini dilahirkan di Bentan, sebelum ibukota Bentan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1526 sehingga ia membawa kepada Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar. Sesiapa yang lebih arif mungkin dapat menetapkan tahun kelahiran Sultan Mansur Shah. Saya sekadar menganggarkan umur beliau kira-kira 3 hinga 5 tahun pada tahun 1528 sewaktu ayahanda baginda ditabal. Oleh yang demikian umur beliau pada 1540 baru kira-kira 15 hingga 17 tahun.
Oleh yang demikian, Raja Mahmud yang tercatat dalam teromba orang-orang di Hulu Pahang itu berkemungkinan orang lain yang hidup lebih awal lagi dan berketurunan dari pemerintah sebelum kedatangan waris Kesultanan Melayu Melaka dari Kampar.
Walau bagaimanapun kisah Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak Ke-8 ini amat menarik untuk dikongsi kerana ia seiring dengan asal-usul Keturunan Baginda Demu sendiri, hanya pentarikhannya sahaja kelihatan tidak cocok dan perlu kajian lebih terperinci. Mungkin ia dapat merungkaikan beberapa 'misteri'...
Mengikut sejarah, Raja Yusuf telah ditawan oleh Acheh semasa Acheh datang menyerang dan mengalahkan Perak di zaman pemerintahan Sultan Mukaddam Shah pada tahun 1619. Raja Yusuf tinggal di Acheh hingga tahun 1627 apabila baginda kembali bersama orang-orang Acheh untuk menggantikan tempat Sultan Mansur Shah II, Sultan Perak Ke-7 (1619 - 1627) yang telah mangkat. Tetapi versi dari Acheh menyatakan bahawa baginda telah diturunkan takhta oleh Kerajaan Acheh. Ada cerita menarik disebaliknya, yang pasti Kerajaan Perak di kala itu dibayangi kuasa Acheh di zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memerintah Acheh.
Setelah ditabal menjadi sultan, baginda diberi gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda ditabal dalam tahun 1627 dan bersemayam di Geronggong (sekarang Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga, Daerah Perak Tengah).
Setelah memerintah lebih kurang tiga tahun, pada 1630 baginda mangkat di Geronggong dan dimakamkan di suatu tempat yang bernama Tok Melor ( ke ulu sedikit daripada makam yang ada sekarang ini ). Makam ini kemudiannya dipindahkan ke Kampung Pulau Tiga di Pemakaman Almarhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Perak Ke-14. Almarhum Sultan Mahmud digelar "Marhum Pulau Tiga".
Timbul satu tanda tanya, mungkin juga dari para pembaca yang budiman, mengapa tidak dikekalkan dengan nama asal, yaitu Raja Yusuf? Mengapa memakai nama Sultan Mahmud Shah? Bagi saya ia bagi menghidupkan legasi Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari Kesultanan Melayu Melaka, yang menyambung legasi Empayar Sriwijaya yang masyhur itu.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kuasa Kesultanan Acheh terhadap Kesultanan Perak sangat kuat, sejak dari zaman pemerintahan Sultan Perak Ke-2 lagi, iaitu Sultan Mansur Shah 1 Ibni Sultan Muzaffar Shah I. Merekalah yang melantik atau menurunkan takhta mana-mana sultan di Perak pada ketika itu. Acheh juga dapat dianggap sebagai pelindung kepada waris keturunan Kesultanan Melayu Melaka dari buruan Portugis.
Kerajaan Acheh terdahulu daripada itu telah menawan Sultan Mansur Shah 1, Sultan Perak Ke-2, serta putera sulung baginda, Raja Alauddin dan dinikahkan dengan puteri Acheh, Raja Puteri, dan kemudian diangkat menjadi Sultan Acheh. Sultan Mansur dihantar semula menduduki takhta Perak. Terdapat versi menyatakan hanya Raja Alauddin sahaja yang dibawa ke Acheh.
Setelah mangkat Sultan Mahmud Shah diganti oleh puteranya, Raja Kobat dengan gelaran Sultan Sallehuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-9 (1630 -1635) . Menurut catatan yang ditemui dalam www.royalark.net, baginda merupakan satu-satunya 'known son' atau 'anak yang diketahui' dari Sultan Mahmud Shah. Tuan-tuan tekalah sendiri apa artinya disebalik pernyataan sebegini.
Tidak banyak yang ditulis tentang baginda. Baginda dikatakan mangkat dan dimakamkan di Kampar, manakala ada yang mengatakan di Acheh. Ahli-ahli sejarah berpendapat, Sultan Salehuddin Shah merupakan sultan Perak terakhir dari titisan darah Sultan Muzaffar Shah I dari sebelah pihak lelaki kerana baginda tidak meninggalkan zuriat.
Sultan Perak Ke-10, yaitu Sultan Muzaffar Shah II walaupun nasab keturunannya dari Siak Lama, tetap mewarisi benih keturunan Melaka dari sebelah perempuan. Malahan sampai juga ke Sang Sapurba yang menurunkan keturunan raja-raja Sriwijaya dan Melaka.
Kemanakah perginya zuriat raja-raja Melaka? Mungkinkah ia berada di Hulu Pahang? Di bahagian seterusnya kita akan bercerita lagi tentang Raja Mahmud@Raja Yusuf@Raja Bongsu dan jika berkesempatan cuba pula meninjau-ninjau siapa gerangan Bendahara yang baik hati itu, Allahu a'lam.
Saya sendiri bukan ahli dan terlatih dalam metodologi kajian, hanya berpandukan apa yang telah ditulis, terutama oleh Saudara Hasanuddin Md Isa (HMI), dalam blognya piathangtuah.blogspot.com, serta sumber-sumber rujukan silang yang terdapat di maya yang sempat saya kutip. Antaranya indahrasajmalim.blogspot.com yang padat dengan kisah ziarah makamnya serta beberapa yang lain yang sememangnya anak jati Perak. Apa yang ditemui dan difahami, itulah yang saya masukkan, berupa cebisan-cebisan cerita yang perlu disusun atur mengikut tertib oleh pengkaji-pengkaji yang teliti. Saya bukanlah orangnya.
Apakah hikmahnya nama Laksamana Hang Tuah disebut dalam sebahagian teromba seperti yang dikutip HMI. Saya ada satu telahan awal tapi belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain. Bagi saya lebih baik kita cuba mengenali watak-watak yang sedia tercatat dan cuba melihat perkaitan antara mereka serta peristiwa-peristiwa yang menandainya.
Baik, saya ingin memulakan dengan ayahanda kepada Baginda Demu, yang dicatat sebagai Raja Mahmud. Menurut catatan HMI, beliau juga dikenali sebagai Raja Yusuf dan Raja Bongsu. Menarik sekali maklumat ini kerana memang benar wujud nama ini dalam salasilah Kesultanan Perak. Jika maklumat ini benar dan merujuk pada batang tubuh yang sama, kita sekarang berbicara mengenai Raja Yusuf yang memakai gelaran Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak ke-8 (1627 -1630). Beliau juga adik kepada Sultan Mukaddam Shah, Sultan Perak Ke-6 (1603 - 1619) yang bersemayam di Bota Kanan.
Sungai Perak dari arah makam - Ihsan indahrasajmalim.blogspot.com |
Namun begitu, menurut sumber yang saya kutip dari HMI, berdasarkan Teromba Salasilah keluarga Baginda Demu yang disimpan keturunan baginda di Penjom, Sega dan Budu menyepakati tarikh 1540M sebagai tarikh Muhammad Ali Jaafar bin Baginda Demu sudah berada di Lipis. Ini bermakna sudah ada petempatan dibuka di muara Sungai Lipis pada tarikh tersebut, di kala Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak Ke-I masih berada di takhta pemerintahan (1528 - 1549).
Terdapat perbezaan garis masa yang amat ketara di antara keberadaan Baginda Demu dengan keberadaan tokoh-tokoh yang disebutkan tadi. Mungkin beberapa fakta berikut boleh dijadikan asas pertimbangan.
Makam Sultan Muzaffar I - Ihsan insahrasajmalim.blogspot.com |
Mengikut satu sumber, Sultan Mansur Shah I ini dilahirkan di Bentan, sebelum ibukota Bentan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1526 sehingga ia membawa kepada Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar. Sesiapa yang lebih arif mungkin dapat menetapkan tahun kelahiran Sultan Mansur Shah. Saya sekadar menganggarkan umur beliau kira-kira 3 hinga 5 tahun pada tahun 1528 sewaktu ayahanda baginda ditabal. Oleh yang demikian umur beliau pada 1540 baru kira-kira 15 hingga 17 tahun.
Oleh yang demikian, Raja Mahmud yang tercatat dalam teromba orang-orang di Hulu Pahang itu berkemungkinan orang lain yang hidup lebih awal lagi dan berketurunan dari pemerintah sebelum kedatangan waris Kesultanan Melayu Melaka dari Kampar.
Walau bagaimanapun kisah Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak Ke-8 ini amat menarik untuk dikongsi kerana ia seiring dengan asal-usul Keturunan Baginda Demu sendiri, hanya pentarikhannya sahaja kelihatan tidak cocok dan perlu kajian lebih terperinci. Mungkin ia dapat merungkaikan beberapa 'misteri'...
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam - Google |
Setelah ditabal menjadi sultan, baginda diberi gelaran Sultan Mahmud Shah. Baginda ditabal dalam tahun 1627 dan bersemayam di Geronggong (sekarang Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga, Daerah Perak Tengah).
Makam Sultan Mahmud |
Timbul satu tanda tanya, mungkin juga dari para pembaca yang budiman, mengapa tidak dikekalkan dengan nama asal, yaitu Raja Yusuf? Mengapa memakai nama Sultan Mahmud Shah? Bagi saya ia bagi menghidupkan legasi Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir dari Kesultanan Melayu Melaka, yang menyambung legasi Empayar Sriwijaya yang masyhur itu.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kuasa Kesultanan Acheh terhadap Kesultanan Perak sangat kuat, sejak dari zaman pemerintahan Sultan Perak Ke-2 lagi, iaitu Sultan Mansur Shah 1 Ibni Sultan Muzaffar Shah I. Merekalah yang melantik atau menurunkan takhta mana-mana sultan di Perak pada ketika itu. Acheh juga dapat dianggap sebagai pelindung kepada waris keturunan Kesultanan Melayu Melaka dari buruan Portugis.
Ihsan harutmarut.blogspot.com |
Kerajaan Acheh terdahulu daripada itu telah menawan Sultan Mansur Shah 1, Sultan Perak Ke-2, serta putera sulung baginda, Raja Alauddin dan dinikahkan dengan puteri Acheh, Raja Puteri, dan kemudian diangkat menjadi Sultan Acheh. Sultan Mansur dihantar semula menduduki takhta Perak. Terdapat versi menyatakan hanya Raja Alauddin sahaja yang dibawa ke Acheh.
Setelah mangkat Sultan Mahmud Shah diganti oleh puteranya, Raja Kobat dengan gelaran Sultan Sallehuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-9 (1630 -1635) . Menurut catatan yang ditemui dalam www.royalark.net, baginda merupakan satu-satunya 'known son' atau 'anak yang diketahui' dari Sultan Mahmud Shah. Tuan-tuan tekalah sendiri apa artinya disebalik pernyataan sebegini.
Tidak banyak yang ditulis tentang baginda. Baginda dikatakan mangkat dan dimakamkan di Kampar, manakala ada yang mengatakan di Acheh. Ahli-ahli sejarah berpendapat, Sultan Salehuddin Shah merupakan sultan Perak terakhir dari titisan darah Sultan Muzaffar Shah I dari sebelah pihak lelaki kerana baginda tidak meninggalkan zuriat.
Sultan Perak Ke-10, yaitu Sultan Muzaffar Shah II walaupun nasab keturunannya dari Siak Lama, tetap mewarisi benih keturunan Melaka dari sebelah perempuan. Malahan sampai juga ke Sang Sapurba yang menurunkan keturunan raja-raja Sriwijaya dan Melaka.
Kemanakah perginya zuriat raja-raja Melaka? Mungkinkah ia berada di Hulu Pahang? Di bahagian seterusnya kita akan bercerita lagi tentang Raja Mahmud@Raja Yusuf@Raja Bongsu dan jika berkesempatan cuba pula meninjau-ninjau siapa gerangan Bendahara yang baik hati itu, Allahu a'lam.
Selasa, 21 Mac 2017
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian II
Sebelum kita mula melangkah mari hadam dahulu bagaimana bentuk kewujudan Laksamana Hang Tuah di zaman saya masih kanak-kanak sekitar awal tahun 1960an masuk 1970an. Semua anak Melayu kenal dengan wira bangsa ini samada melalui cerita lisan, buku-buku sekolah atau filem Hang Tuah lakonan Allahyarham P. Ramlee ketika itu.
Maka berpencaklah kami menggayakan apa jua aksi bagi menzahirkan kehebatan dan ketangkasan beliau dengan bersungguh-sungguh. Para-para guru pun begitu bangga dan bersemangat menceritakan kisahnya tanpa jemu dan kami akan mendengarnya tak jemu-jemu juga. Begitulah rasanya semasa kecil, berasa Melayu ini bangsa yang berdaulat yang kehebatannya mengharum ke seantero dunia. Adakah generasi sekarang bercitarasa sama?
Amat bertuah juga kerana ketika itu di rumah datuk saudara saya, yang saya panggil aki (datuk sebenar telah meninggal sekitar pertengahan 1930an) terdapat sebuah nashkah buku bernama Sejarah Melayu. Tebal juga isinya dan bertulisan rumi ejaan lama. Ketika itu umur saya mungkin antara 10 hingga 12 tahun. Sebenarnya saya baru sahaja khatam ilmu membaca ketika sedang berumur 9 tahun tatkala sedang tekun membaca buku Panglima Awang karangan Harun Aminurrashid.
Di peringkat awal saya membaca terangkap-rangkap kerana hanya tahu membaca sukukata terbuka sahaja. Begitulah gamaknya keadaan seorang murid yang masih tidak boleh membaca di kelas pemulihan di sekolah rendah. Walau bagaimanapun apa yang dikisahkan berjaya menarik minat dan membangkit semangat saya untuk terus membaca tanpa sedikit pun rasa jemu sehingga lama kelamaan saya mula tersedar saya sudah pandai membaca kira-kira di pertengahan buku itu. Rasanya seolah-olah baru pandai mengayuh basikal, dah dapat kiatnya. Peristiwa itu berlaku di bulan Ramadhan di atas sebuah katil besi di rumah aki saya juga. Rasanya bulan puasa jatuh pada musim cuti persekolahan hujung tahun ketika itu. Bagi saya ia suatu keajaiban, kurnia dariNya juga, dari tidak tahu membaca hingga pandai membaca. Hingga kini saya masih mengingati keadaan saya di waktu itu.
Apabila sekolah dibuka selepas itu saya telah menjadi seorang murid yang sudah pandai membaca. Lantas saya jadi kemaruk dan membaca apa jua yang tercapai seperti majalah Mastika, buku-buku politik dan sebagainya. Ayah saya memang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair, suatu semangat yang sentiasa ada pada generasinya yang sempat melalui fasa-fasa yang membawa kepada kemerdekaan negara. Majalah Mastika pada waktu itu merupakan satu bahan bacaan yang padat dengan pelbagai disiplin ilmu, tentang falsafah, politik, ekonomi, sosial, kesusasteraan, dan sebagainya. Cukup ilmiah sifatnya, sesuai untuk membentuk pemikiran.
Apabila meningkat awal remaja saya bertemu pula buku Hikayat Hang Tuah yang digunakan oleh kakak saya sebagai teks klasik ketika menuntut di Tingkatan Enam. Semasa kakak berada di Tingkatan Enam, saya di Darjah Enam. Kemungkinan saya berpeluang membacanya ketika kakak saya telah menamatkan persekolahan ketika saya berumur 14 tahun. Ia lebih tebal dengan pelbagai cerita yang tidak terkandung dalam sejarah Melayu, bahkan ada yang mencanggahinya. Malangnya buku itu telah dikencing kucing dan berbau hancing dan hasrat hati untuk menekuninya terpaksa ditangguhi sehingga setelah hilang baunya.
Tunggu punya tunggu, buku itu dipinjam pula oleh dua pupu saya yang mungkin mahu menggunakannya bila mula berada di Tingkatan Enam. Selang mungkin dua tiga tahun setelah itu saya dapati buku itu yang berwarna hijau gelap tersimpan rapi dalam rak buku di rumahnya tanpa dipulangkan. Saya hanya mampu memerhatikan dan segan hendak memintanya kembali.
Sejak mula boleh berfikir dan menilai baik buruk sesuatu perkara sehingga kini telah timbul beberapa tanda tanya di pemikiran saya. Kemanakah perginya waris-waris Kesultanan Melayu Melaka? Tiada siapa yang pernah memberikan jawapan yang memuaskan ketika itu hingga kini.
Benarkah Hang Jebat derhaka dan Laksamana Hang Tuah membunuhnya atas sifat setianya kepada raja? Bersalahkan Hang Jebat menuntut bela atas 'kezaliman' Sultan Mahmud terhadap sahabat setianya ketika itu? Benarkah Sultan Melaka zalim? Bagaimanakah Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang begitu hebat dan luas jajahan takluknya boleh diruntuhkan dalam masa yang singkat oleh Portugis? Banyak yang tidak masuk akal bagi saya, seolah-olah sengaja diada-adakan untuk sesuatu maksud dan tujuan.
Saya mula mempersoalkan sumber pengkisahan yang diterima umum, benarkah apa yang ditulis dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu apa yang sebenarnya berlaku atau silap mata golongan tertentu? Persoalan ini akan cuba saya singkap semampu ada.
Di bahagian selanjutnya saya akan cuba search sekiranya ada sebarang petunjuk atau kaitan Laksamana Hang Tuah dengan negeri Perak. Setakat yang saya tahu, tiada sebarang catatan dalam kitab Sejarah Melayu menyatakan beliau ke Perak, hanya 'menghilangkan diri' setelah mencampak Tamingsari ke dalam sungai tetapi dalam Hikayat Hang Tuah ada dikisahkan beliau dikatakan 'membawa diri' ke Hulu Perak dan menjadi penghulu orang-orang asal Perak.
Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya.
Maka berpencaklah kami menggayakan apa jua aksi bagi menzahirkan kehebatan dan ketangkasan beliau dengan bersungguh-sungguh. Para-para guru pun begitu bangga dan bersemangat menceritakan kisahnya tanpa jemu dan kami akan mendengarnya tak jemu-jemu juga. Begitulah rasanya semasa kecil, berasa Melayu ini bangsa yang berdaulat yang kehebatannya mengharum ke seantero dunia. Adakah generasi sekarang bercitarasa sama?
Yang saya baca itu seperti yang di sebelah kiri |
Buku yang membawa saya ke alam pembacaan, tapi rasanya naskhah yang saya baca lebih klasik ruupanya |
Apabila sekolah dibuka selepas itu saya telah menjadi seorang murid yang sudah pandai membaca. Lantas saya jadi kemaruk dan membaca apa jua yang tercapai seperti majalah Mastika, buku-buku politik dan sebagainya. Ayah saya memang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair, suatu semangat yang sentiasa ada pada generasinya yang sempat melalui fasa-fasa yang membawa kepada kemerdekaan negara. Majalah Mastika pada waktu itu merupakan satu bahan bacaan yang padat dengan pelbagai disiplin ilmu, tentang falsafah, politik, ekonomi, sosial, kesusasteraan, dan sebagainya. Cukup ilmiah sifatnya, sesuai untuk membentuk pemikiran.
Beginilah rupanya, tapi yang saya baca tidaklah secomot ini |
Tunggu punya tunggu, buku itu dipinjam pula oleh dua pupu saya yang mungkin mahu menggunakannya bila mula berada di Tingkatan Enam. Selang mungkin dua tiga tahun setelah itu saya dapati buku itu yang berwarna hijau gelap tersimpan rapi dalam rak buku di rumahnya tanpa dipulangkan. Saya hanya mampu memerhatikan dan segan hendak memintanya kembali.
Gambaran Kota Melaka di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka - Ihsan akudesign3d.blogspot.com |
Sejak mula boleh berfikir dan menilai baik buruk sesuatu perkara sehingga kini telah timbul beberapa tanda tanya di pemikiran saya. Kemanakah perginya waris-waris Kesultanan Melayu Melaka? Tiada siapa yang pernah memberikan jawapan yang memuaskan ketika itu hingga kini.
Benarkah Hang Jebat derhaka dan Laksamana Hang Tuah membunuhnya atas sifat setianya kepada raja? Bersalahkan Hang Jebat menuntut bela atas 'kezaliman' Sultan Mahmud terhadap sahabat setianya ketika itu? Benarkah Sultan Melaka zalim? Bagaimanakah Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang begitu hebat dan luas jajahan takluknya boleh diruntuhkan dalam masa yang singkat oleh Portugis? Banyak yang tidak masuk akal bagi saya, seolah-olah sengaja diada-adakan untuk sesuatu maksud dan tujuan.
Saya mula mempersoalkan sumber pengkisahan yang diterima umum, benarkah apa yang ditulis dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu apa yang sebenarnya berlaku atau silap mata golongan tertentu? Persoalan ini akan cuba saya singkap semampu ada.
Di bahagian selanjutnya saya akan cuba search sekiranya ada sebarang petunjuk atau kaitan Laksamana Hang Tuah dengan negeri Perak. Setakat yang saya tahu, tiada sebarang catatan dalam kitab Sejarah Melayu menyatakan beliau ke Perak, hanya 'menghilangkan diri' setelah mencampak Tamingsari ke dalam sungai tetapi dalam Hikayat Hang Tuah ada dikisahkan beliau dikatakan 'membawa diri' ke Hulu Perak dan menjadi penghulu orang-orang asal Perak.
Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada anginnya.
Laksamana Hang Tuah Dalam Teromba Bahagian I
Saya mula menyedari akan hal yang demikian apabila bersua satu community page dengan nama Keturunan Tok Baginda Demu beberapa tahun yang lalu. Bagaimana boleh terlepas ke situ tidaklah saya ingat. Barangkali sedang menjejaki seekor pelanduk ketika itu, lantas terlihat satu link yang dikongsi seseorang mengenai satu nama yang pernah menimbulkan tanda tanya sekitar 1980an.
Nama Datok Baginda Demu memang bukan baru bagi saya. Saya pernah meneliti teromba yang disusun oleh Penghulu Mat Dahan dalam simpanan ayahanda saya. Cantik dan berseni tulisan jawi beliau. Saya tidak mempunyai masalah membaca huruf-huruf Arab atau tulisan jawi sebab sedari kecil telah membaca Utusan Melayu dan Utusan Zaman kerna ayahanda saya melanggan akhbar-akhbar tersebut. Hendak tak hendak kenalah merangkak-rangkak membacanya sehingga mahir. Ibu saya pula boleh mengajar anak cucunya mengaji Al Quran.
Dalam teromba tersebut tercatat nama Datok Baginda Demu di atas sekali serta kampung asalnya iaitu Asam Kumbang, kalau tidak silap. Turut tercatat ialah nama Tok Kaya Ibrahim di bahagian lain dengan setiap jurai keturunan yang sempat dicatat Penghulu Mat Dahan. Ayahanda saya menyambung tugas yang ditinggalkan dengan menambah nama yang belum tercatat, dengan tulisan jawi juga.
Malang sekali buku yang sangat bernilai tersebut sudah dipinjam seorang kenamaan, mantan pemimpin politik yang bertandang ke rumah sekitar musim kempen pilihanraya 1990. Kalau disebut namanya pasti setiap orang akan mengenalinya kecuali budak-budak kecil ketika itu.
Beliau berkereta jenis Jaguar berwarna oren kemerah-merahan dan dilihat menziarahi rumah sanak saudaranya di sekitar mukim Sega. Beliau dikatakan kerap menziarahi makam keramat Tok Mat Amin, Penghulu pertama Mukim Sega di Bukit Tersan.
Sememangnya ayahanda saya tertunggu-tunggu kembalinya buku teromba tersebut kerana ketika itu beliau sedang menyalin semula teromba tersebut ke dalam buku baru agar selamat dan dapat diisi dengan nama-nama baru. Apa yang kami ada hanya salinan yang belum lengkap malah masih bertulis dengan pensel.
Kebelakangan ini baru saya sedari bahawa teromba susunan Penghulu Mat Dahan ada disebut-sebut dan telah dirujuk oleh orang di sekurang-kurang dua tempat, di Tersan dan di Rumah Banjir Sega Lama. Samada ia buku yang hilang itu atau ada lagi salinan seumpamanya tidaklah saya pasti.
Berbalik kepada tajuk persoalan di atas, benarkah nama Laksamana Hang Tuah wujud dalam teromba tersebut? Jawabnya, tidak sama sekali, tidak pada teromba yang pernah saya lihat. Apa yang menjadi tanda tanya bagi saya ketika itu hanyalah tentang siapa sebenarnya tokoh-tokoh leluhur yang disebut tadi.
Cucu cicit piat puit Baginda Demu tersebar luas di daerah Lipis dan Raub. Hanya keluarga-keluarga yang tertentu di beberapa tempat yang tertentu sahaja yang ada menyimpan teromba salasilah serta catatan kisah-kisah yang berkaitan. Ia menimbulkan banyak tanda tanya dan telah mula bermain-main di pemikiran saya. Hal ini perlu disoroti sejauh mana kebenarannya, mungkin tersirat sesuatu disebaliknya.
Setelah meneliti susunan salasilah dari page Sejarah Keturunan Tok Baginda Demu, saya dibawa arus melayari blog PIATHANGTUAH milik Saudara Hasanuddin bin Md Isa. Memang banyak maklumat yang beliau kumpulkan yang saya rasa bangga dengan usaha beliau.
Bagi sesiapa yang turut berminat menyingkap sejarah asal usul keturunan yang mendiami Hulu Pahang ini, beliau merupakan antara nama yang terkedepan dalam rujukan, selain beberapa sumber dalam lingkungan beliau. Demikianlah bagaimana saya 'terseret' dan obses dengan persolan ini. Bahagian seterus akan menyusul, insyaAllah.

Rentetan Peristiwa Pembukaan Kampung Sega Sehingga Kini
Cerita ini saya kutip dari blog piathangtuah.blogspot.my milik Saudara Hasanuddin Md Isa. Menurut beliau, Sega adalah salah sebuah kampung yang dibuka oleh keturunan Datok Baginda Demu, seorang pembesar dari Perak. Terdahulu daripada itu telah dibuka Kampung Pagar, Kampung Budu, Kampung Tersan, dan sebagainya.
Nama sebenar beliau ialah Raja Muhammad, dipercayai cucu Laksamana Hang Tuah dengan seorang gadis istana Perak bernama Halimah. Ayahanda Baginda Demu ialah Raja Mahmud@Raja Yusof@Raja Bongsu yang berkahwin dengan salah seorang anak Laksamana Hang Tuah dengan Halimah bernama Seri Dewi. Beliau dikatakan datang berhijrah ke Hulu Pahang membuka petempatan pertama di Lubok Yong, Kuala Lipis, kemudian mudik ke hulu dan membuka Kg. Pagar, Penjom, Kuala Lipis pula.
Sungai Lipis - Ihsan kualalipisdailyphoto.blogspot.my |
Apabila keturunan beliau beranak-pinak, maka bertambahlah ahli keluarga dan oleh yang demikian terbit keperluan untuk mencari tanah baru untuk didiami. Tanah-tanah di kiri kanan tebing Sungal Lipis sebenarnya telah dihuni oleh keluarga Hang Semaun, bapa saudara beliau yang telah berkampung lebih awal lagi. Hang Semaun mula berkampung di Lubok Lela, Benta dan turut membuka kampung-kampung lain di sekitarnya seiring dengan pertambahan ahli keluarganya. Beliau telah dilantik pemerintah Pahang sebagai Orang Kaya Lipis yang pertama.
Kampung Budu - Ihsan rachap.blogspot.com |
Turut mendiami Lembangan Lipis adalah keluarga Tok Kaya Ibrahim, titisan Melaka dari Tun Ibrahim yang bersusur galur dari Tun Mutahir, Bendahara Paduka Kesultanan Melayu Melaka serta keturunan Tun Abdul Samad. Bersemendalah keturunan tersebut tadi melalui ikatan perkahwinan sehingga berkembang biak. Mereka telah membentuk satu keluarga besar dan memainkan peranan penting dalam sejarah Hulu Pahang bersama-sama Keturunan Maharaja Perba Jelai yang memerintah Lembangan Sungai Jelai.
Masjid Lama Tersan - Ihsan titikbukannoktah.blogspot.my |
Dipendekkan cerita maka diteroka lagi tanah-tanah subur di hulu Sungai Lipis sehingga terwujudlah Kampung Sega hingga ke Batu Talam. Nama-nama seperti Tok Chandak, Tok De Abdul Rahman dan Tok Mansur Bugis adalah antara nama-nama besar di waktu itu. Tiadalah orang lain di situ melainkan ada perkaitan belaka.
Setiap kampung yang dibuka berkembang dengan nama-nama tertentu. Kampung-kampung yang banyak itu dibawah pentadbiran seorang Penghulu Mukim. Penghulu Mukim Sega yang pertama ialah Tok Mat Amin bin Tok Malik, dilantik pada tahun 1680. Tidak dapat dibayangkan, amat meriah sekali rasa saya suasana kampung-kampung yang terdapat di mukim Sega di tahun-tahun 60an membawa ke 70an. Segala ceruk rantau bukannya orang lain, boleh singgah makan bagai...
Kampung Sega mendapat nama dari rotan Sega yang banyak ditemui semasa usaha membuka kampung dilakukan. Dari kampung asal di tepi-tepi Sungai Lipis, melarat pula ke darat setelah jalanraya mula dibina pemerintah kolonial yang menghubungkan bandar-bandar utama seperti Raub dan Kuala Lipis.
Ramailah mula berpindah ke tepi lebuh bagi memudahkan perhubungan ke hulu ke hilir. Walaupun tidak lagi mendiami tepi sungai, mereka masih tetap menyebut hulu dan hilir bagi menunjuk arah, sama seperti ketika mendiami tepi sungai.
Jambatan Benta 1971 - Google Image |
Peristiwa bah besar 1971, menyaksikan kerosakan yang amat besar hingga turut menjejaskan rumah-rumah yang berada di tepi lebuh. Banyak rumah-rumah yang bertangga konkrit hanya tinggal tangga sahaja, rumahnya sudah beralih ke tempat lain, terutamanya di sebelah hilir, sekitar Tanggol, Kelebor, Tersan, Bukit Rom hinggalah masuk ke Kuala Atok. Mana-mana kampung di tepi sungai seperti Pulau Kepayang bawa ke hilir sudah ditinggalkan terus hingga kini, tetapi Kampung Petai, Gumpai dan Chenua masih dapat bertahan agak lama.
Maka dibinalah petempatan banjir bagi menempatkan penduduk yang terjejas di Bukit Pelong, sebelah atas sedikit dari Bukit Keledang. Mana yang masih kuat semangat tetap bertahan di tempat asal tetapi oleh kerana setiap tahun bah tetap melanda maka dibina lagi petempatan baru di Bukit Tersan dan Bukit Jeruas.
Bukit Keledang inilah tempat penduduk kampung berlindung ketika bah besar tahun 1926. Dari atas bukit itulah diceritakan orang tua-tua yang masih kanak-kanak ketika itu, naga dari Hulu Pahang berarak menghilir sungai dengan paluan gendang, nampak sisiknya berkilaua-kilauan ke Kuala Pahang untuk berlawan dengan seekor naga lagi di Kuala Pahang, Allahu a'lam.
Kini tiada lagi orang mendiami di kiri kanan tebing Sungai Lipis seperti dahulu kala bermula dari jambatan Kuala Atok mudik ke jambatan Sega. Di situlah petempatan asal penduduk Sega dan inilah yang digelar Sega Lama, hanya tinggal nama. Apa yang masih tinggal adalah Sega Tat, Ulu Tat, Jeruas, Petai, Chenua, Bukit Sambau,Ulu Renggol, Bulan, serta beberapa nama tertentu berdasarkan tanda muka bumi (seperti bukit, sungai, alur, pamah, jamban yang mungkin kini tidak berpenghuni lagi), termasuk Rumah Banjir Bukit Pelong, Bukit Jeruas dan Bukit Tersan yang dibina kemudian.
Maka begitulah secara ringkas sejarah pembukaan Kampung Sega.
Ahad, 19 Mac 2017
Masjid Lama Kampong Sega Tat
Bangunan asal Masjid Jamek Sega Tat di tapak masjid sekarang sebelum dirobohkan dan dibina baru |
Masjid yang dimaksudkan seperti imej yang tertera di atas tidak mungkin ditemukan lagi. Ia diambil sejurus berita perobohan masjid diketahui. Imej asalnya berwarna dan diambil menggunakan kamera filem, tidak seperti di masa kini yang serba digital. Ia ditukar ke dalam imej hitam putih untuk nampak vintage.
Sebenarnya terdapat sebatang tiang kabel konkrit yang tinggi di sebelah kiri lorong persimpangan masuk ke pekarangan masjid, serta kabel-kabel letrik dan seumpamanyanya bergantungan di sebelah atas gambar. Dari sudut fotografi objek-objek tersebut telah 'mencacat' pemandangan dan telah 'ditiadakan' menggunakan kepakaran digital editing masa kini.
Bangunan di atas bukanlah tapak asal masjid bagi qariah Sega Tat. Tapak asal sebenarrnya di tepi Alor Tat, kalau tidak silap namanya, sebelah hilir rumah Pakcik Yin (Abdul Rahim bin Omar Baki, Siak Masjid), bertentangan rumah De Mokhtar, bekas imam Sega Tat dan bertentangan juga dengan rumah klinik lama. Seberang sana tapak masjid adalah rumah Aki Akob, ayah pada John Bahari (nama sebenarnya dah lupa).
Di belakang tapak masjid terdapat beberapa batang pokok kundang yang tinggi-tinggi. Masa kecil-kecil dahulu bila tiba musim kundang, selalulah komeh menggundal buah kundang dengan puntung kayu. Siapa yang handal bolehlah memanjatnya. Waktu itu rasanya masih kelihatan lantai konkrit, tiang dan kemungkinan bumbung pada rangka masjid itu, maklumlah komeh masih bebudak, tidak berapa pelica. dan kini bertambah kurang jelas. Apa yang pasti tumbuhan liar menguasai rangkanya seperti lazimnya bagi bangunan yang ditinggalkan.
Setelah meningkat matang sedikit pernah juga terdengar kekesalan dari beberapa pihak perihal tapak masjid lama yang sudah tidak dipedulikan oleh pimpinan kampung. Rasanya ia disuarakan oleh De Mokhtar sendiri, selaku Imam Qariah waktu itu. Namun tiada usaha hendak menyambut suaranya dikalangan ahli qariahnya, Allahu a'lam.
Mungkin keadaan semasa di waktu itu mengkehendaki dibina satu masjid baru yang lebih besar, mentelah lagi negara baru mencapai kemerdekaan, maka dibinalah masjid baru sebagai salah satu projek pembangunan luar bandar yang diterajui Almarhum Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu, dan mungkin juga merangkap Menteri Luar Bandar. Jika silap mohon perbetulkan, kerana beliau sinonim dengan projek-projek luar bandar.
Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Zakaria |
Lalu dibinalah masjid itu atas satu bidang tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Zakaria, semoga dibalas Allah jua pengorbanannya. Imej di atas mungkin gambaran yang terakhir sebelum ia dirobohkan. Sesiapa yang masih menyimpan gambar-gambar yang lebih lama mengenainya, simpanlah ia baik-baik. Mungkin ada anak cucu yang berminat mengumpulkannya sebagai artifak yang bernilai tinggi bagi anak cucu kita.
Langgan:
Catatan (Atom)